Aktiviti ini dijalankan untuk mengkaji keberkesanan sabun dan detergen dalam air lembut dan air liat.
Bahan-bahan & radas yang diperlukan adalah seperti berikut:
Bahan : Sabun, detergen, kain putih 10cm x 10cm, gris, air, larutan kalsium sulfat 1.0 moldm-3.
Radas : Bikar, silinder penyukat, rod kaca
kemain seronok lagi sebab boleh main marjerin hehe...
~ marjerin ni digunakan untuk meletakkan kesan kotoran berminyak pada kain ~
Prosedur:
1. Sukat 100 cm3air paip dan tuang ke dalam sebuah bikar (bikar A).
2. Sukat 100 cm3 larutan kalsium sulfat 1.0 moldm-3 dan tuang ke dalam sebuah bikar yang lain (bikar B).
3. Sukat 10 cm3cecair sabun dan tuang ke dalam bikar bikar A dan bikar B.
4. Masukkan 2 helai kain putih yang mengandungi kotoran gris ke dalam 2 buah bikar yang telah disediakan.
5. Rendamkan kain dalam larutan sabun dan detergen dan kacau dengan menggunakan rod kaca.
6. Bilas kain dengan air bersih.
7. Perhatikan kesan pembersihan sabun ke atas kedua-dua kain.
8. Ulang langkah 1-7 dengan menggantikan cecair sabun kepada cecair detergen.
Pemerhatian:
Kesan kotoran pada kain selepas dibersihkan dalam air liat dengan menggunakan sabun (kanan) dan detergen (kiri).
Kesan kotoran pada kain selepas dibersihkan dalam air lembut dengan menggunakan sabun (kanan) dan detergen (kiri).
Kesan kotoran pada kain selepas dibersihkan dengan menggunakan sabun dalam air liat.
Kesan kotoran pada kain selepas dibersihkan dengan menggunakan detergen dalam air liat.
Agen Pencuci | Keberkesanan | Pembentukan kekat | ||
Air lembut | Air liat | Air lembut | Air liat | |
Sabun | Berkesan: kotoran gris hilang sepenuhnya | Kurang berkesan: kesan kotoran bergris masih ada | Kekat tidak terbentuk | Kekat terbentuk |
Detergen | Berkesan: kotoran gris hilang sepenuhnya | Berkesan: kotoran gris hilang sepenuhnya | Kekat tidak terbentuk | Kekat tidak terbentuk |
Kesimpulan:
Sabun berkesan dalam air lembut, tetapi tidak berkesan dalam air liat.
Manakala detergen berkesan dalam air lembut dan air liat.
Catatan:
* Untuk sabun, boleh gunakan cecair sabun pencuci tangan / sabun pencuci pinggan
* Pada mulanya, saya menjalankan eksperimen dengan menggunakan cecair “Lifebuoy” sebagai sabun, tetapi didapati “Lifebuoy” berkesan menanggalkan kotoran dalam air lembut dan air liat.
* Untuk meletakkan kesan kotoran berminyak pada kain, boleh gunakan marjerin. Ianya lebih mudah berbanding gris hitam & kesannya mudah untuk dilihat.
* Larutan kalsium sulfat boleh digantikan dengan larutan magnesium sulfat.