Jika diperhatikan kebanyakan analisis soalan SPM daripada buku hanya menunjukkan analisis berdasarkan topik / bab. Berdasarkan analisis tersebut, boleh dikatakan hampir semua bab akan disoal dalam peperiksaan SPM. Bagi pelajar-pelajar cemerlang, mereka tiada masalah untuk membuat ulangkaji bagi semua tajuk, namun ianya amat sukar bagi pelajar-pelajar yang sederhana dan “slow-learners”.
Jika kita membuat analisis mengikut sub-topik, kita akan dapat melihat ‘trend’ soalan SPM dengan lebih jelas. Berdasarkan kekerapan sesuatu tajuk / kemahiran disoal dalam SPM, kita boleh merancang tajuk mana yang perlu diberi lebih penekanan. Sedikit sebanyak dapat juga meramalkan soalan yang berkemungkinan akan ditanya pada tahun tersebut. Saya pernah berdiskusi dengan seorang Guru Cemerlang Kimia dari Johor empat tahun lepas, dan beliaulah yang telah memberikan tips ini kepada saya.
Saya telah membuat analisis soalan SPM Kimia mengikut sub-topik bermula dengan soalan SPM pada tahun 2007. Untuk entri ini, saya tunjukkan analisis bermula tahun 2009 (supaya muat dalam 1 page).
Soalan-soalan yang dijangka ditanya dalam peperiksaan SPM 2015 ditanda dengan simbol *star*.
Perlu diingatkan bahawa ini hanya merupakan jangkaan sahaja. Tambahan pula, saya bukan penggubal soalan mahupun pemeriksa kertas peperiksaan. Analisis bagi tajuk-tajuk ramalan dibuat berdasarkan “trend” soalan tahun-tahun lepas serta soalan-soalan percubaan SPM negeri-negeri.
Berikut merupakan analisis soalan-soalan SPM Kimia yang dikeluarkan sejak 6 tahun kebelakangan.
Berdasarkan analisis di atas, beberapa perkara yang dapat saya simpulkan adalah:
1. Tajuk / bab WAJIB (ditanya pada setiap tahun)
(i) Bab 5 Ting. 4: Ikatan Kimia
(ii) Bab 6 Ting. 4: Elektrokimia
(iii) Bab 1 Ting. 5: Kadar Tindak balas
2. Kebiasaannya, Bab 9 Ting. 4 (Bahan Buatan dalam Industri) & Bab 5 Ting. 5 (Bahan Kimia untuk Pengguna) digabungkan dalam satu soalan (Kertas 2) sama ada Bahagian A ataupun Bahagian B/C.
3. Tajuk / bab yang kerap ditanya di Bahagian AKertas 2:
(i) Bab 2 ting. 4: Struktur Atom (jirim, atom)
(ii) Bab 3 ting. 4: Formula & persamaan Kimia (penentuan formula empirik)
(iii) Bab 5 ting. 4: Ikatan Kimia
(iv) Bab 6 ting. 4: Elektrokimia (elektrolisis larutan akues / sel kimia)
(v) Bab 2 ting. 5 : Sebatian Karbon
4. Tajuk / bab yang kerap ditanya di Bahagian B / CKertas 2:
(i) Bab 6 ting. 4: Elektrokimia
(ii) Bab 7 ting. 4: Asid & Bes (kekuatan asid/alkali, peranan air dalam menunjukkan sifat asid/alkali, pentitratan asid-bes)
(iii) Bab 8 ting. 4: Garam (analisis kualitatif)
(iv) Bab 9 ting. 4 + Bab 5 ting. 5: Bahan Buatan dalam Industri & Bahan Kimia untuk Pengguna
(v) Bab 1 ting. 5: Kadar Tindak balas (mesti menguasai kemahiran melukiskan graf & membuat tangen pada graf)
(vi) Bab 2 ting. 5: Sebatian Karbon (soalan berangkai)
5. Tajuk / bab yang belum pernah ditanya dalam Kertas 3 sejak 2007:
(i) Bab 3 ting. 4: Formula & Persamaan Kimia
(ii) Bab 3 ting. 5: Redoks
(iii) Bab 5 ting. 5: Bahan kimia untuk pengguna
Muat turun (word doc):