Dalam Siri Kereaktifan Logam (SKL), logam-logam disusun mengikut kereaktifan tindak balasnya terhadap oksigen bagi membentuk oksida logam.
Susunan logam dalam SKL adalah sama seperti dalam Siri Elektrokimia, cuma bezanya SKL mengandungi karbon, C dan hidrogen,H (ditanda dengan warna kuning).
Fungsi karbon dalam SKL adalah bagi menentukan proses pengekstrakan logam.
Fungsi hidrogen dalam SKL adalah bagi menentukan kaedah penentuan formula empirik bagi oksida logam.
Kereaktifan logam berkurang apabila menuruni SKL.
Semakin tinggi kedudukan logam dalam SKL, semakin reaktif tindak balas logam tersebut terhadap oksigen.
Logam | Tindak balas dengan oksigen | Kereaktifan logam |
K, Na, Ca, Mg | Terbakar dengan cergas, nyalaan sangat terang | Sangat reaktif |
Al, Zn, Fe, Sn, Pb, Cu | Menghasilkan nyalaan | Reaktif |
Hg, Ag, Au | Berbara | kurang reaktif |
Logam yang lebih reaktif dapat menyingkirkan oksigen daripada oksida logam yang kurang reaktif daripadanya.
Jadi, logam yang lebih reaktif menerima oksigen dan mengalami pengoksidaan bagi membentuk oksida logam.
Manakala, oksida logam yang kurang reaktif akan kehilangan oksigen dan mengalami penurunan.
Aplikasi Siri Kereaktifan Logam
1. Penentuan formula empirik oksida logam
Formula empirik oksida logam ditentukan melalui 2 kaedah:
(i) Kaedah 1: pemanasan logam menggunakan mengkuk pijar bagi membentuk oksida logam
- Bagi logam-logam yang lebih reaktif daripada hidrogen dalam SKL
- Contoh: MgO, Al2O3, ZnO
(ii) Kaedah 2: penurunan oksida logam menggunakan gas hidrogen kering
- Bagi logam-logam yang kurang reaktif daripada hidrogen dalam SKL
- Contoh: CuO, FeO, PbO
2. Penentuan kaedah pengekstrakan logam
(i) Logam-logam yang lebih reaktif daripada karbon dalam SKL (K, Na, Ca, Mg, Al) diekstrak menggunakan kaedah elektrolisis bijih lebur (elektrolisis leburan) menggunakan elektrod karbon
(ii) Logam-logam yang kurang reaktif daripada karbon dalam SKL ( Zn, Fe, Sn, Fe, Pb) diekstrak daripada bijihnya, iaitu oksida logam menggunakan karbon.
Oksida logam dipanaskan bersama karbon dalam relau bagas.
Karbon yang lebih reaktif akan menurunkan oksigen daripada oksida logam.
(iii) Logam-logam yang sangat kurang reaktif (Cu, Hg) diekstrak dengan cara memanaskan sulfida logam dalam udara
(iv) Ag dan Au paling kurang reaktif dan wujud sebagai logam bebas dalam kerak bumi.
# DOWNLOAD Penanda Buku Siri Kereaktifan Logam
DI SINI
# DOWNLOAD Penanda Buku Siri Kereaktifan Logam
DI SINI